Kata - kata Aluan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Selamat datang ke Blog Fabulous Girl Collections. Kami menawarkan pelbagai pilihan Baju Kurung, Baju Jubah, Blouse, Baju Kurung Manik, kain pasang dan aksesori wanita secara online. Baju - baju kami sesuai untuk semua golongan wanita yang ingin tampil lebih bergaya dan cantik dengan produk kami.

Segala detail produk akan diletakkan di dalam post blog atau fb kami di www.facebook.com/fabulousgirlcollections kami. Selamat melayari dan semoga koleksi kami memenuhi citarasa anda.

Dari Admin Fabulous Girl Collections.

Wednesday 19 December 2012

Tips Penjagaan Baju Kurung Cotton dan beberapa idea untuk baju anda nampak CANTIK dan GORJES




Sedikit tips penjagaan baju kurung cotton dan beberapa idea untuk 'modified' baju kurung anda supaya nampak cantik dan gorgeous ;) 



1.Sebelum pakai baju kurung cotton baru, terbalikkan baju itu dan gosok pada ‘tulang’ baju.



2. Pada lipatan kain, sematkan dengan jarum peniti, kemudian barulah digosok. kalau nak lipatan kain kekal leper, boleh jahitkan terus hujung lipatan tu. Mesti leper dan tajam.
 



3. Kalau baju kurung cotton moden kan, biasanya sarat dengan sulaman , manik, sekuin bagailah. Kalau boleh cuci tangan lah. Tapi kalau terdesak sangat,boleh pakai mesin basuh. Asalkan letak dalam beg basuh (jaring). Kalau takde, bungkus dalam kain batik, baru masuk mesin. Jangan terbalikkan baju tu. Biar dalam keadaan asal, sebab takut span tertanggal dan jahitan belah dalam terjejas. Kalau labuci blink2 tertanggal takpe. Lagipun kan ada kain batik. Tapi kalau jahitan baju tertetas, langsung tak boleh pakai kan.



4. Kalau boleh gantung baju tu. bukan lipat. Sebab kalau dalam lipatan, macam-macam boleh jumpa. hitam putih gitu.



5. Biasanya kalau baju plain, lebih sesuai letak manik berbanding baju bercorak, so tak sarat



6. Bagi yang nak baju nampak gojezz, sulamlah dulu baju, baru jahitkan manik. Selit2 sikit dah cukup. So dapat jimat manik dan hasilnya pun bagus.



7. Bagi yang suka jenis baju kurung cotton, ada banyak jenis. Yang bagusnya kain cotton ni tahan lasak. Memang berbaloi!



8. Ada yang berpendapat baju kurung pahang designnya lebih longgar tapi boleh dikeruk pinggangnya ikut suka kita. Tangannya pula kembang dihujung, pun boleh digentingkan lagi. Untuk hasil yang berbeza, tak perlu kelim hujung lengan. Hanya jahit pakai mesin jahit tepi, guna jahitan paling halus. Hasilnya awesome… kerinting gitu.



9. Ada orang suka letak kun pada baju, boleh tapi bergantung pada jenis kun. Baju ber kun biasanya nampak old jer (grrr) lepas beberapa tahun. Bukan sebab fabrik, tapi sebab kun itu sendiri. Oleh itu, buat baju kurung kosong pun da memadai.. kan?



10. Baju kurung plain yang biasa, boleh ditampal dengan batu pasang siap. Sekarang banyak design batu baru. Harga dalam Rm10.00 jer, tapi berbaloi la. Kalau yang kreatif, boleh buat design sendiri. Tapi leceh, nak cari gam sesuai, nak susun satu-satu.. memang amik masa.



11. Ada baju kurung yang pakai butang cina. Memang lawa, tapi butang cina diperbuat daripada fabrik. Kalau lama-lama memang berbulu dan luntur warna. Kalau yang freehair sesuai la. Tapi elakkan pakai butang emas yang tak berkualiti, sebab kalau pudar memang hodoh. Nak beli butang baru memang murah. Berapa posen jer, tapi nak mengganti tuh payah.
Kalo suke, Jangan lupe klik 'LIKE' and 'SHARE' ;)
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...