Kata - kata Aluan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Selamat datang ke Blog Fabulous Girl Collections. Kami menawarkan pelbagai pilihan Baju Kurung, Baju Jubah, Blouse, Baju Kurung Manik, kain pasang dan aksesori wanita secara online. Baju - baju kami sesuai untuk semua golongan wanita yang ingin tampil lebih bergaya dan cantik dengan produk kami.

Segala detail produk akan diletakkan di dalam post blog atau fb kami di www.facebook.com/fabulousgirlcollections kami. Selamat melayari dan semoga koleksi kami memenuhi citarasa anda.

Dari Admin Fabulous Girl Collections.

Saturday 27 October 2012

Tips memilih warna pakaian mengikut warna kulit anda



Dalam majlis apa pun anda pasti ingin kelihatan menarik. Namun anda jangan tersalah memadankan warna pakaian dengan warna kulit anda.

Berikut adalah tips bagaimana memilih warna pakaian mengikut kesesuaian warna kulit anda

KULIT PUTIH 
Sangat sesuai mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink. Meskipun warna lain juga tidak dilarang untuk dipakai.

KULIT KUNING LANGSAT
Lebih sesuai mengenakan Warna tropis (jingga, hijau, merah, kuning dan biru) merupakan pilihan yang terbaik.

KULIT SAWO MATANG
Jangan ragu untuk memilih warna ungu atau maroon agar kerana anda akan kelihatan lebih menarik.

KULIT GELAP
yang eksotik sesuai jika menggunakan busana warna tanah yang lembut.

Hati-hati, jangan sampai Anda melakukan perkara ini :
Nekat menggunakan warna busana yang terlalu kontra dengan kulit. contohnya anda berkulit hitam sementara busana yang dikenakan warna pink. Penampilan anda akan kelihatan berat sebelah! Anda boleh memakai warna kontra bila ada acara khusus seperti majlis makan malam. 

Memakai aksesori dari rambut sampai kaki yang warnanya tidak sedondon dengan warna baju yang dikenakan akan kelihatan jangal.

Sekian, sebahagian dari tips memilih warna pakaian mengikut warna kulit anda. Kami akan berkongsi lagi tips-tips yang menarik, untuk di kongsi bersama pembaca blog fabulousgirlcollection. Terima kasih.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...