Kata - kata Aluan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Selamat datang ke Blog Fabulous Girl Collections. Kami menawarkan pelbagai pilihan Baju Kurung, Baju Jubah, Blouse, Baju Kurung Manik, kain pasang dan aksesori wanita secara online. Baju - baju kami sesuai untuk semua golongan wanita yang ingin tampil lebih bergaya dan cantik dengan produk kami.

Segala detail produk akan diletakkan di dalam post blog atau fb kami di www.facebook.com/fabulousgirlcollections kami. Selamat melayari dan semoga koleksi kami memenuhi citarasa anda.

Dari Admin Fabulous Girl Collections.

Monday 29 October 2012

Tips memilih pakaian mengikut kesesuaian bentuk badan


Hai dan salam sejahtera untuk semua, hari ini nk share tips memilih pakaian ikut kesesuaian bentuk tubuh badan, apa kata tengok and baca tips kat bawah ni:

Segi empat bujur
Wanita mempunyai garis pinggang yang kecil atau tiada langsung. Bergantung kepada berat badan atau ketinggian masing-masing, keseimbangan badan mampu diraih dengan menggunakan pakaian berlapik bahu, pemakaian vest, jaket atau fabrik lembut untuk pakaian bahagian atas.

Berlian
Bentuk Berlian dikategorikan untuk wanita yang mempunyai perut atau pinggul yang agak besar daripada bahagian dadanya. Untuk menampakkan bentuk badan seakan kurus perlu mengenakan aksesori leher yang labuh, pakaian bercorak sederhana, warna gelap atau gaun tanpa pinggang dan vest terbuka.

Bujur telur
Mereka yang mempunyai bentuk badan Bujur Telur perlu memilih pakaian yang mempunyai garis leher V, corak garis menegak, corak sederhana daripada motif geometri ataupun warna asli daripada gelap hingga sederhana. Sebagai tambahan, mereka boleh mengenakan kasut bertumit sederhana tinggi, skirt yang labuh di bawah paras lutut ataupun aksesori yang berwarna-warni untuk mengalih perhatian.

Hourglass 
Bentuk Hourglass diandaikan sebagai bentuk badan yang sempurna. Wanita yang mempunyai bentuk badan seperti ini memiliki ukuran dada dan pinggul yang agak sama. Sementara ukuran pinggangnya lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) lebih kecil daripada dada atau pinggulnya. Mereka yang mempunyai bentuk badan seperti itu sesuai dengan apa saja pakaian. Membeli-belah cukup mudah untuk mereka.

Segi tiga terbalik
Bentuk badan seperti ini juga yang kedua paling diimpikan oleh wanita. Bahagian atas badan lebih besar daripada bahagian bawah. Untuk menyeimbangkan bentuk badan itu, mereka harus memilih skirt bergaris A, tekstur yang garang, corak bergaris mendatar serta seluar labuh. Atau meminimumkan bahagian atas badan dengan mengenakan blaus berkolar luas, corak bergaris menegak dan tekstur fabrik halus.

Segi tiga (buah pir) 
Bentuk badan yang biasa dimiliki oleh wanita. Bahagian pinggul lebih besar daripada dada. Wanita seperti itu perlu mengenakan pakaian yang mempunyai pelapik bahu, ia adalah aksesori penting mereka. Selain itu warna gelap termasuk hitam adalah sesuai pakaian untuk bahagian bawah seperti skirt atau seluar.


So, anda dalam kategori mana? x kisah anda dalam kategori mana, boleh ikut dan amalkan tips memilih pakaian mengikut kesesuaian bentuk badan di atas.

P/S: Dulu masa sekolah blaja jugak, kalau orang kurus, pakai baju belang2 melintang. Kalau yang berbadan besar, elok pakai baju belang menegak ke bawah, sebabnya, kalau yang badan besar tu, nampak slim skit, kalau yang kurus tu nampak berisi skit, btul tak? hehehehe ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...