Kata - kata Aluan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Selamat datang ke Blog Fabulous Girl Collections. Kami menawarkan pelbagai pilihan Baju Kurung, Baju Jubah, Blouse, Baju Kurung Manik, kain pasang dan aksesori wanita secara online. Baju - baju kami sesuai untuk semua golongan wanita yang ingin tampil lebih bergaya dan cantik dengan produk kami.

Segala detail produk akan diletakkan di dalam post blog atau fb kami di www.facebook.com/fabulousgirlcollections kami. Selamat melayari dan semoga koleksi kami memenuhi citarasa anda.

Dari Admin Fabulous Girl Collections.

Terma & Syarat


Untuk mengelakkan sebarang salah faham di masa akan datang, anda wajib membaca dan memahami Terma & Syarat yang tertera sebelum membuat keputusan untuk berurusniaga dengan Fabulous Girl Collection. Kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kesulitan di masa hadapan jika Terma & Syarat ini tidak dipatuhi oleh pihak pelanggan. Harap maklum.

  • Fabulous Girl Collection sangat mengalu-alukan kedatangan pelanggan yang serius dengan pembelian sahaja
  • Semua produk yang dijual adalah baru dan dalam keadaan yang sangat baik, melainkan jika dinyatakan sebaliknya
  • Harga yang tertera pada setiap produk adalah muktamad melainkan dinyatakan sebaliknya.
  • Kami menghormati polisi 'first come first served' untuk mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang masa berurusniaga.
  • Fabulous Girl Collection akan mengesahkan jika produk yang ingin ditempah ada atau tiada di dalam stok sebelum proses urusniaga lanjut dibuat.
  • Tempahan hanya akan disimpan khas untuk anda dalam tempoh masa maksimum sebanyak 3 hari bekerja sahaja. Jika tiada pembayaran penuh dibuat dalam tempoh tersebut, tempahan anda akan dibatalkan secara automatik dan produk jualan akan dibuka kepada pembeli lain.
  • Jika anda sudah membuat tempahan tetapi masih belum membuat sebarang pembayaran dan ingin membatalkan tempahan tersebut, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi kami melalui telefon, sms atau email
  • Setiap urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia dan bayaran boleh dibuat menggunakan mesin deposit wang, pindahan ATM, Deposit Cek atau secara online ke akaun Maybank/ CIMB Fabulous Girl Collection. Nombor akaun akan diberi selepas pengesahan pembelian dibuat
  • Salinan slip pembayaran hendaklah diberi kepada Fabulous Girl Collection melalui email atau sms sebagai bukti pembayaran. Slip asal hendaklah disimpan oleh pembeli sebagai rujukan.
  • Setiap urusniaga adalah muktamad, dan semua produk yang telah dijual tidak boleh dipulangkan dan ditukar samada dengan produk lain atau dengan wang ringgit melainkan atas sebab-sebab tertentu yang akan dipertimbangkan oleh Fabulous Girl Collection.
  • Pemulangan baju hanya boleh dilakukan sekiranya ada kerosakan semasa penerimaan dalam tempoh 3 hari dari tarikh terima. 
  • Adalah menjadi tanggungjawab setiap pembeli untuk memantau sendiri status penghantaran parcel/bungkusan mereka dengan menggunakan kemudahan "Jejak & Kesan" yang disediakan atau dengan melawati laman web Pos Laju di http://www.pos.com.my
  • Fabulous Girl Collection akan memberi nombor siri/ tracking code setiap parcel yang dihantar sebagai rujukan bagi pihak pembeli untuk digunakan semasa proses pemantauan status penghantaran.
  • Warna produk yang tertera di dalam gambar berbeza sedikit dengan warna produk asal disebabkan pencahayaan kamera dan tertakluk kepada 'setting' skrin monitor yang berbeza.
  • Fabulous Girl Collection akan memberi notis kepada para pengunjung laman blog ini terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa perubahan kepada Terma & Syarat urusniaga kami.


Agen/pengedar amatlah dialu-alukan. Untuk keterangan lanjut atau jika ada sebarang pertanyaan, sila email kepada fabulousgirlcollections@gmail.com atau sms/hubungi Pn. Asilah di talian 012-6282143


Terima Kasih dan Selamat membeli-belah di Fabulous Girl Collections!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...