Untuk mengelakkan sebarang salah faham di masa akan datang,
anda wajib membaca dan memahami Terma & Syarat yang tertera sebelum membuat
keputusan untuk berurusniaga dengan Fabulous Girl Collection. Kami tidak akan
bertanggungjawab jika berlaku sebarang kesulitan di masa hadapan jika Terma
& Syarat ini tidak dipatuhi oleh pihak pelanggan. Harap maklum.
- Fabulous Girl Collection sangat mengalu-alukan kedatangan pelanggan yang serius dengan pembelian sahaja
- Semua produk yang dijual adalah baru dan dalam keadaan yang sangat baik, melainkan jika dinyatakan sebaliknya
- Harga yang tertera pada setiap produk adalah muktamad melainkan dinyatakan sebaliknya.
- Kami menghormati polisi 'first come first served' untuk mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang masa berurusniaga.
- Fabulous Girl Collection akan mengesahkan jika produk yang ingin ditempah ada atau tiada di dalam stok sebelum proses urusniaga lanjut dibuat.
- Tempahan hanya akan disimpan khas untuk anda dalam tempoh masa maksimum sebanyak 3 hari bekerja sahaja. Jika tiada pembayaran penuh dibuat dalam tempoh tersebut, tempahan anda akan dibatalkan secara automatik dan produk jualan akan dibuka kepada pembeli lain.
- Jika anda sudah membuat tempahan tetapi masih belum membuat sebarang pembayaran dan ingin membatalkan tempahan tersebut, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi kami melalui telefon, sms atau email
- Setiap urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia dan bayaran boleh dibuat menggunakan mesin deposit wang, pindahan ATM, Deposit Cek atau secara online ke akaun Maybank/ CIMB Fabulous Girl Collection. Nombor akaun akan diberi selepas pengesahan pembelian dibuat
- Salinan slip pembayaran hendaklah diberi kepada Fabulous Girl Collection melalui email atau sms sebagai bukti pembayaran. Slip asal hendaklah disimpan oleh pembeli sebagai rujukan.
- Setiap urusniaga adalah muktamad, dan semua produk yang telah dijual tidak boleh dipulangkan dan ditukar samada dengan produk lain atau dengan wang ringgit melainkan atas sebab-sebab tertentu yang akan dipertimbangkan oleh Fabulous Girl Collection.
- Pemulangan baju hanya boleh dilakukan sekiranya ada kerosakan semasa penerimaan dalam tempoh 3 hari dari tarikh terima.
- Adalah menjadi tanggungjawab setiap pembeli untuk memantau sendiri status penghantaran parcel/bungkusan mereka dengan menggunakan kemudahan "Jejak & Kesan" yang disediakan atau dengan melawati laman web Pos Laju di http://www.pos.com.my
- Fabulous Girl Collection akan memberi nombor siri/ tracking code setiap parcel yang dihantar sebagai rujukan bagi pihak pembeli untuk digunakan semasa proses pemantauan status penghantaran.
- Warna produk yang tertera di dalam gambar berbeza sedikit dengan warna produk asal disebabkan pencahayaan kamera dan tertakluk kepada 'setting' skrin monitor yang berbeza.
- Fabulous Girl Collection akan memberi notis kepada para pengunjung laman blog ini terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa perubahan kepada Terma & Syarat urusniaga kami.
Agen/pengedar amatlah dialu-alukan. Untuk keterangan lanjut atau jika ada sebarang pertanyaan, sila email kepada fabulousgirlcollections@gmail.com atau sms/hubungi Pn. Asilah di talian 012-6282143
Terima Kasih dan Selamat membeli-belah di Fabulous Girl Collections!